Untuk makluman, mesyuarat kali ke-2 ini telah diadakan pada 22 Januari 2012 (Ahad), jam 2.30 petang di Balairaya Kg. Ubai, Pekan melibatkan Jawatankuasa Peti Undi Pulau Rusa, DUN Pulau Manis, Parlimen Pekan terdiri daripada AJK UMNO Cawangan dan JKKK Kg. Ubai, Kg. Telok dan Kg. Pulau Rusa. Hadir sama YB. ADUN Pulau Manis, Pekan dan YH. Dato' Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.

Selasa, 24 Januari 2012
Jumaat, 20 Januari 2012
Selamat Datang & Salam Tahun Baharu 2012
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Ucapan pembukaan tahun baharu dan alu-aluan buat pelawat blog ini khususnya Puteri Ubai serta ahli-ahli Pergerakan Pemuda & Wanita UMNO Kg. Ubai Pulau Rusa, Pekan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya blog ini wujud sebagai platform menyampaikan maklumat selain merapatkan silatulrahim di kalangan AJK dan ahli-ahli Puteri. Akhir kata, semoga tahun 2012 membuka lembaran baharu dengan melakar kejayaan demi kejayaan buat UMNO Cawangan dan Bahagian Pekan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional untuk Negara Malaysia yang kita cinta!
Salam Ukhwah,
Naib Ketua Puteri UMNO
Cawangan Kg. Ubai, Mukim Pulau Rusa
DUN Pulau Manis
Bahagian Pekan
Pahang
Langgan:
Catatan (Atom)