Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Ucapan pembukaan tahun baharu dan alu-aluan buat pelawat blog ini khususnya Puteri Ubai serta ahli-ahli Pergerakan Pemuda & Wanita UMNO Kg. Ubai Pulau Rusa, Pekan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya blog ini wujud sebagai platform menyampaikan maklumat selain merapatkan silatulrahim di kalangan AJK dan ahli-ahli Puteri. Akhir kata, semoga tahun 2012 membuka lembaran baharu dengan melakar kejayaan demi kejayaan buat UMNO Cawangan dan Bahagian Pekan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional untuk Negara Malaysia yang kita cinta!
Salam Ukhwah,
Naib Ketua Puteri UMNO
Cawangan Kg. Ubai, Mukim Pulau Rusa
DUN Pulau Manis
Bahagian Pekan
Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan