Seperti semua ahli pergerakan sedia maklum, Persidangan bagi tahun 2012 telah diadakan pada 7 April 2012 (Sabtu), jam 8.30 malam di Balairaya Kg. Ubai, Pekan. Untuk makluman ahli-ahli yang tidak hadir, perasmian yang sepatutnya dilaksanakan oleh YB ADUN Pulau Manis telah disempurnakan oleh wakil daripada Bahagian Pekan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Ringkasan Aturcara Persidangan :
1. Ucapan alu-aluan Pengerusi Tetap;
2. Bacaan doa;
3. Pengumuman jumlah Ahli Cawangan yang hadir;
4. Ucapan Ketua atau wakil PPU / Puteri / PWU dan Ketua UMNO Cawangan;
5. Ucapan wakil Bahagian sekaligus merasmikan Persidangan;
6. Pembentangan Peringatan Persidangan Cawangan Tahun 2011;
7. Pembentangan Penyata Tahunan Cawangan Tahun 2011;
8. Pembentangan Penyata Kewangan Cawangan berakhir 31 Disember 2011;
9. Pemilihan wakil Cawangan ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian;
10. Membahaskan usul-usul;
11. Ucapan Penangguhan.
Antara lain intipati Persidangan adalah persiapan menghadapi PRU ke-13, menyentuh tentang strategi dan cabaran dalam menangkis persepsi negatif generasi masakini terhadap Kerajaan BN berdasarkan senario semasa politik Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan