Sabtu, 24 Ogos 2013

Majlis Hari Raya Puteri UMNO Bahagian Pekan

JEMPUTAN : Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Pekan akan diadakan pada 25 Ogos 2013 (Ahad) bermula jam 10.00 pagi - 1.00 petang bertempat di Dewan Seroja, Majlis Daerah Pekan (MDP). Sehubungan dengan itu, semua Jentera IT PRU, Ketua Puteri Cawangan dan AJK Puteri Cawangan setiap DUN dijemput hadir. 

Senarai Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Cawangan Tahun 2013 - 2015


TAHNIAH!!

Kepada semua Ahli Pergerakan Puteri UMNO Cawangan yang terpilih sebagai AJK.. 


Pengerusi Tetap                  :     Puan Siti Sarina Binti Sheikh Wazir

Timbalan Pengerusi Tetap :     Puan Sarini Binti Mohd Ab Halim

Ketua                                     :     Cik Noorismidah Binti Ismail

Naib Ketua                            :     Cik Nur Laila Binti Ramli

Setiausaha                            :     Puan Sumaiyah Binti Kamaludin

Ahli Jawatankuasa               :     Cik Rozilah Binti Ibrahim

                                                      Puan Nor Rahayu Binti Mohamad Norzi

                                                      Puan Norismawati Binti Ismail

                                                      Puan Seridiana Binti Mohd Abdul Halim

                                                      Puan Kamsiah Binti Talib


Selaras keputusan Persidangan pada 18 Ogos 2013, ayuh.. Teruskan PERJUANGAN!!

Selasa, 20 Ogos 2013

"Pekan Bandar Diraja, Hidangan Pelbagai Rasa, Bersama PM Ramah Mesra"

PEKAN 17 Ogos 2013 - Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Dato' Sri Hj. Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Ahli Parlimen Pekan dan isteri YBhg. Datin Paduka Sri Rosmah Binti Mansor bagi tahun 1434 Hijrah disambut meriah.

Buktinya, dianggarkan 80 ribu orang daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum dari seluruh negara telah hadir pada majlis yang berlangsung di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut ialah DYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hjh. Kalsom dan anakanda YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua'dzam Sultan Ahmad Shah. Tetamu VVIP lain yang hadir antaranya Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Diraja Hj. Adnan Bin Hj. Yaakob, Ketua Menteri Sarawak, YAB Tan Sri Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud dan isteri.

Kebanyakan rakyat Pekan bahkan tetamu VIP / jemputan khas dari luar Negeri Pahang dilihat telah membanjiri khemah-khemah seawal jam 9 pagi meskipun majlis bermula jam 10 pagi. Majlis yang dijadualkan berakhir pada jam 2 petang itu menyaksikan tetamu VIP / jemputan khas dan orang ramai tidak berganjak sehingga YAB Perdana Menteri meninggalkan majlis pada jam 3 petang.

Selain beramah mesra bersama PM dan pemimpin UMNO Bahagian Pekan, tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah di 200 buah kios makanan dan minuman. Sejumlah 50 ekor kambing panggang dan 40 ribu bungkusan kuih raya sebagai cenderahati disediakan untuk pengunjung terawal. Menu tempatan yang disajikan antaranya ialah Puding Raja, Laksa Pahang, Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak dan Opor Daging sesuai dengan tema majlis pada kali ini iaitu "Pekan Bandar Diraja, Hidangan Pelbagai Rasa, Bersama PM Ramah Mesra".

Majlis diserikan dengan keletah pengacara majlis Raja Azura dan Lan Pet Pet serta tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian artis-artis popular tanah air seperti Aliff Aziz, Syura, Nash, Awie, Ramli Sarip, Ezlyn, Hafiz Hamidun dan ramai lagi.. 

Perdana Menteri dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada 120 orang bakal jemaah haji di Parlimen Pekan serta duit raya kepada kanak-kanak. Dalam ucapannya, Perdana Menteri merakamkan TERIMA KASIH kepada pihak Jawatankuasa dan Agensi Kerajaan yang terlibat.

Rabu, 14 Ogos 2013

Notis Persidangan UMNO Cawangan

Semua Ahli UMNO Cawangan,

Dengan hormatnya dimaklumkan sesuai dengan Fasal 17.3 Perlembagaan dan Fasal 6.4 Peraturan Persidangan maka Persidangan UMNO Cawangan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Ogos 2013 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Balairaya Kg. Ubai Pulau Rusa, Pekan

Oleh yang demikian, saudara / saudari dijemput hadir bagi menunaikan tanggungjawab demi perjuangan parti untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT

b/p Timbalan UMNO Cawangan Ubai Pekan

Selasa, 13 Ogos 2013

Majlis Rumah Terbuka PM

HEBAHAN : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Perdana Menteri selaku Ahli Parlimen Pekan akan diadakan pada 17 Ogos 2013 (Sabtu) bermula jam 10.00 pagi - 2.00 petang bertempat di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang. Sehubungan dengan itu, semua warga Parlimen Pekan dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis. Kepada AJK dan Ahli-ahli Puteri yang ingin menjadi petugas pada majlis tersebut, mohon maklumkan kepada saya menerusi telefon / sms / facebook / twitter / blog segera. Di kesempatan ini, saya mewakili AJK Puteri Cawangan ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN".

Ahad, 21 Julai 2013

Salam 1 Ramadhan


Setahun berlalu.. pelbagai cerita suka dan duka. Apa yang pasti pada tanggal 5 Mei 2013 yang lalu menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak merangkap Ahli Parlimen Pekan telah diberi mandat untuk terus menerajui Negara. Tahniah kepada YAB Dato' Sri dan seluruh Jentera Pilihan Raya khususnya di Bahagian Pekan dan Cawangan ini atas kemenangan majoriti 2/3 pada PRU-13.