Sabtu, 14 April 2012

Program Juara Rakyat

HEBAHAN!!

Pertandingan Memancing..

Tarikh : 15 April 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Sungai Kg. Tanjung Batu
Pendaftaran : 8.00 pagi - 9.00 pagi

Syarat-syarat penyertaan :-

1. Berumur 18 tahun ke atas;
2. Warga DUN Pulau Manis;
3. Peserta hanya dibenarkan menggunakan 1 joran dan 2 mata kail; dan
4. Peserta dibenarkan menggunakan umpan seperti cacing, anak udang dan cengkerik.

Kriteria pemilihan pemenang :-

1. Kategori tangkapan ikan sungai dan udang sahaja diambil kira;
2. Semua jenis ikan patin tidak dikira; dan
3. Hanya seekor ikan / udang terberat sahaja dipilih.

Hadiah pertandingan :-

Pertama : RM 200.00
Kedua : RM 150.00
Ketiga : RM 100.00
Keempat : RM 50.00
Kelima : RM 50.00
Saguhati : Hamper untuk 50 orang peserta.

Kepada semua kaki pancing.. JOM meriahkan acara JUARA RAKYAT!!

Persidangan Tahunan UMNO / PPU / PWU / Puteri UMNO Cawangan Kampung Ubai, Mukim Pulau Rusa, Pekan Tahun 2012

Seperti semua ahli pergerakan sedia maklum, Persidangan bagi tahun 2012 telah diadakan pada 7 April 2012 (Sabtu), jam 8.30 malam di Balairaya Kg. Ubai, Pekan. Untuk makluman ahli-ahli yang tidak hadir, perasmian yang sepatutnya dilaksanakan oleh YB ADUN Pulau Manis telah disempurnakan oleh wakil daripada Bahagian Pekan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Selasa, 24 Januari 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Dan Persiapan Jentera Pilihan Raya Ke-13

Untuk makluman, mesyuarat kali ke-2 ini telah diadakan pada 22 Januari 2012 (Ahad), jam 2.30 petang di Balairaya Kg. Ubai, Pekan melibatkan Jawatankuasa Peti Undi Pulau Rusa, DUN Pulau Manis, Parlimen Pekan terdiri daripada AJK UMNO Cawangan dan JKKK Kg. Ubai, Kg. Telok dan Kg. Pulau Rusa. Hadir sama YB. ADUN Pulau Manis, Pekan dan YH. Dato' Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.

Jumaat, 20 Januari 2012

Selamat Datang & Salam Tahun Baharu 2012

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Ucapan pembukaan tahun baharu dan alu-aluan buat pelawat blog ini khususnya Puteri Ubai serta ahli-ahli Pergerakan Pemuda & Wanita UMNO Kg. Ubai Pulau Rusa, Pekan yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin-Nya blog ini wujud sebagai platform menyampaikan maklumat selain merapatkan silatulrahim di kalangan AJK dan ahli-ahli Puteri. Akhir kata, semoga tahun 2012 membuka lembaran baharu dengan melakar kejayaan demi kejayaan buat UMNO Cawangan dan Bahagian Pekan seterusnya Kerajaan Barisan Nasional untuk Negara Malaysia yang kita cinta!  

Salam Ukhwah,

Naib Ketua Puteri UMNO
Cawangan Kg. Ubai, Mukim Pulau Rusa
DUN Pulau Manis
Bahagian Pekan
Pahang